Wednesday 16 May 2012

Guruku Sayang

ummi ayah tersayang,engkaulah guru pertama yang mendidikku di saat aku celik mata melihat dunia,,,

ahha..jasa kalian akan ku kenang dan ku hargai sepanjang hidupku,,

eheheehe,,,Tanggal 16 Mei merupakan tarikh keramat buat guru-guru di Malaysia
SELAMAT HARI GURU!

di sini saya nak ucap terima kasih cikgu2 (ummi dan ayah pun cikgu jugak) ngeh ngeh,,

terima kasih sekali lagi kepada cikgu -cikgu yang mengajar saya daripada tadika sampailah sekolah menengah
(universiti belum lagi sbb blom masuk u lagi,,ngeheheheh)

TERIMA KASIH CIKGU,DOAKAN KAMI CIKGU,HALALKAN ILMU YANG DIBERI CIKGU
Khas buat Guru-guru
  • tabika kemas Panchang Bedena
  • Sekolah Kebangsaan Panchang Bedena
  • SRA Batu 36 Sekendi
  • Sekolah Kebangsaan Simpang 4 BNO
  • SBPI Gombak

Ummi kata .kami tak minta hadiah dari anak murid kami,cukup kejayaan tu sebagai hadiah buat kami,

pernah waktu sekolah rendah dulu,bila hari guru je ,masing2 lumba-lumba siapa bawak hadiah paling banyak
hmmm maklumla kanak-kanak riang kan waktu tu,,ngeheheheeh TAPI ade sekali tu waktu saya sekolah rendah,ade satu hadiah yang paling menyentuh hati saya,hadiah ni daripada salah seorang daripada anak murid ummi saya,hadiahnye kacang panjang,ummi saya menangis terharu dan beliau kata inilah hadiah paling bernilai buat ummi,ummi kate yang penting keikhlasan,TAPI ade lg satu hadiah lawak yang anak murid ummi bagi,majalah APO,majalah yg lawak2 antarabangsa bagai tu haa,,edisi yang lepas2,,ummi saye sengih je,,ummi kate" tak pe lah sekurang-kurangnye dia ikhlas dan ade rasa nak meraikan cikgu2,,,

Potongan sajak buat guru-guruku

Jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa
Jika hari ini seorang Raja menaiki takhta
Jika hari ini seorang Presiden sebuah negara
Jika hari ini seorang ulama yang mulia
Jika hari ini seorang peguam menang bicara
Jika hari ini seorang penulis terkemuka
Jika hari ini siapa saja menjadi dewasa;
Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa
Dengan lembut sabarnya mengajar tulis-baca.






No comments:

Post a Comment