Wednesday 16 May 2012

Dunia di tangan,Akhirat di hati!

Ya Allah,tersentak kalbuku,berderai air mataku di kala membaca buku karya Pahrol Mohd Juoi,Di Mana DIA di hatiku,,

Ya Allah ampunkan daku,selama ini aku tidak tahu sebanyak mana aku letakkan akhirat di hati dunia di tangan ,,,aku terlalu mengejar dunia dan lalai mengingati akhirat dengan,,,:'(
"Adakah aku telah menguak  hari baru dgn rasa syukur?"
"Adakah aku telah meluangkan sehabis banyak masa untuk berzikir kepadaMu?"
"Adakah aku telah melaksanakan ibadah ku kepadaMu dengan penuh khusyuk atau hanya bersandarkan pada jiwa yang kosong dan hati yang lalai?Asal buat sudahlahh,,"

mmmm jawapannya tepuk dada tanya iman,,


..............................................................................................................

Tidak mengapa kalau hati terganngu atau diulit mainan rasa,itu hempedu dan cabaran dalam kehidupan,,
siapa yang tak pernah berdepan masalah kan?Siapa yang tidak pernah terdetik berbagai rasa di hati,marah sayang suka, geram rindu, semuanye ada kan,kan,kan

Allah sediakan penawarnya...bila tersedar,basahi lidah dengan istighfar dan zikrullah,,
bila terkesan,capailah Al Quran kerana Al Quran merupakan jiwa,,
Rungkailah rahsia malam di saat yang lain enak diulit mimpi..
InsyaAllah pintu taubat masih terbuka,di saat kita masih bernafas,,:)

Ya Allah bantulah kami menggapai maghfirah dan RedhaMu,berkatilah kehidupan kami..







No comments:

Post a Comment