Saturday 26 January 2013

Jordan Travelogue-tadabbur alam

Assalamualaikum,sekejap rasenya Winter Break ni,pejam celik,tutup bukak mata eh ,just a week left before masuk Sem Dua,kan,masa tu sangat la cepat berlalu ,teringat kata-kata seorang kakak yg lebih kurang macam ni mafhumnya,semakin banyak masa pemuda,semakin banyak maksiatnya,Yes!Indeed its very very true kalau kita tak guna masa yg kita guna tu utk bnda yang berfaedah,sangatla rugi,Nak jadikan cerita exam nihaie habis awal and semua orang risau kalau-kalau masa yang banyak yang kita ada digunakan utk bnda yang tak berfaedah,Sometimes,kita plan all those beneficial things utk kita habiskan mase holiday kita tup tup sebenarnya benda tu takberjalan pon,time tu baru kita menyesal betapa berharganya lah masa tu tapi kita tak isi dengan benda berfaedah.

 Ohh,sebenarnya nak cerita ,winter ni bukan nya makan tido,dah kenyang tido balik tapi nak share experiences and ibrah yang saya dapat dari jaulah,around Jordan,

Dan suka untuk diingatkan dan bernilainya setiap jaulah tu bukan hanya dengan cara snap all those picturesque panoramas,cute baby faces,say cheese infront pf the camera but its more than that,jaulah takkan bermakna dan dzouq takkan terasa dan hati takkan tersentuh kalau itulah aim kita untuk jaulah ni.

Apa sebenarnya tujuan Allah ciptakan Alam yang seluas dan seindah pandangan mata?Adakah sekadar utk mengambil gambar dan diletakkan di dinding-dinding facebook,di kicau-kicauan twitter dan di instagram?

Yes!Allah tinggalkan banyak athar ,banyak kesan,banyak bentuk muka bumi supaya kita mentadabbur alam dengan hati,merenung dan memuji kebesaranNya dan mengambil ibrah dari athar-athar kaum-kaum yang terdahulu yang Allah gantikan akibat kelalaian dan kufur nikmat terhadap Nya

Allahu!

Bersyukur!tak terungkap dengan kata-kata,peluang belajar di Bumi Jordan membawa saya ke banyak tempat-tempat tinggalan Sejarah Islam yang banyak disebut dalam Al Quran,

Dapat menyaksikan tempat mereka yang dilaknat Allah dan juga tempat mereka yang dijanjikan Syurga oleh Allah

Terkedu,Terpalu,Terpana,tak terungkap dengan kata-kata-jaulah ni membuatkan saya terpana dengan kekuasaan Allah,

Perjalanan hari pertama ke destinasi pertama Petra,kota tinggalan kaum Tsamud memakan masa selama lebih kurang 6 jam dari Irbid,
akhirnya sampailah ke kota tinggalan kaum Nabi Saleh yang 
angkuh dengan kehebatan mereka mengukir kota kota gah dan sombong dengan kelebihan yang ada.



Jangan tak percaya,gambar yang belah kanan tu snap sendiri tau yang belah kiri tu je Mak Cik Google tolong snapkan

Surah Hud Ayat 61-68 
merungkai kisah kaum Tsamud yang angkuh
dan saya selitkan sebahagian kalam cinta Allah ni,fahamilah dengan hati
dan akhirnya kaum Tsamud diberi balasan diatas kesombongan mereka dengan azab dilenyapkan oleh pekikan suara yang mengguntur sehingga memusanahkan kaum yang ingkar itu,dan kota itu seperti yang difirmankan Allah seperti kota yang tidak pernah dihuni oleh sesiapa sebelum ini.
Hebatkan Allah?
Sesungguhnya kita lah yang memerlukan Allah dan bukanlah Allah yang memerlukan kita

62. Kaum Tsamud berkata: "Hai Shaleh, Sesungguhnya kamu sebelum Ini adalah seorang di antara kami yang kami harapkan, apakah kamu melarang kami untuk menyembah apa yang disembah oleh bapak-bapak kami ? dan Sesungguhnya kami betul-betul dalam keraguan yang menggelisahkan terhadap agama yang kamu serukan kepada kami."

Wadi Rum dikenali sejarahnya dengan kedatangan Lawrence of Arabia yang bermulut manis sehingga membuahkan kepercayaan Arab Badwi supaya memberontak untuk membebaskan diri dari pemerintahan Khalifah dan menyaksikan Revolusi kebangkitan Arab untuk tidak berada dalam pemerintahan khalifah,Hasilnya,bumi Syama yang terdiri daripada Lubnan ,Palestin,Syria ,Jordan ,Iraq menjadi Independent Country yang sebenarnya bagi saya masih belum independent mindanya,
nak cerita selanjutnya?boleh baca and refer Mak Cik Google
paling terkesan sekali kat sini,nak daki bukit pasir tu punya lah payah,tapi nak turun senang je,Analogi ni saya bayangkan macam nak capai Ustaziyatul Alam yang Rasululullah bina dari Individu Muslim selama fatrah 1314 tahun dan akhirnya jatuh dengan senang kat tangan The traitor,you know him right? Kamal Attartuk

Actually,ade several places lagi yang saya pegi tapi cukuplah dua ni je yang saya ulas panjang sebab kalau ulas semua panjang-panjang mengantuk pulak orang baca entry ni plus haru biru point yang saya nak sampaikan,Dua tempat atas tu adalah the first two places I visited

The third one is Aqabah,nama lain nya Laut Merah,tepat Firaun dan kaumnya ditelan oleh Laut ni
Dari Aqabah boleh nampak Bandar Eilad,yang bercahaya dengan lampu neon yang kononnya dibanggakan oleh negara haram Israel ,haish geram la ni-tu Palestin tau tak?

Next,mengahala ke Karak,menzirahi tiga Makam sahabat yang membawa Panji Islam menentang tentera Rom semasa Perang Mu'tah,

Zaid bin Harithah
Jaafar bin Abi Talib
Abdullah bin Rawahah 
jangan lupa baca kisah tiga orang sahabat ni tau!

Sesungguhnya Allah telah membeli dari orang-orang yang beriman akan jiwa mereka dan harta-benda mereka dengan (balasan), bahawa mereka akan beroleh syurga (disebabkan) mereka berjuang pada jalan Allah maka (di antara) mereka ada yang membunuh dan terbunuh. (Balasan syurga yang demikian ialah) sebagai janji yang benar yang ditetapkan oleh Allah didalam (kitab- kitab) Taurat dan Injil, serta Al Quran dan siapakah lagi yang lebih menyempurnakan janjinya daripada Allah? Oleh itu, bergembiralah dengan jualan yang kamu jalankan jualbelinya itu dan (ketahuilah bahawa) jualbeli (yang seperti itu) ialah kemenangan yang besar.
(At Taubah -111)

terkesan dengan ayat ni,ditulis di makam Jaafar bin Abi Talib ehh di makam Zaid bin Harithah (terima kasih kak aya betulkan kita)
Yes,!Allah telah membeli mereka dan mengahdiahkan mereka syurga
Sungguh,rasa sedih sangat,rasa kelu nak bercakap waktu ziarah dhorih mereka,
Hebat Sunggih orang mukmin yang tidak takut dengan ancaman tetapi hanya yakin Allah sebagai penolong dan pelindung
Mereka berjuang bukan dengan bilangan yang ramai tetapi mereka berjuang dengan membawa bersama hati-hati mereka yang sarat dengan keimanan dan tawakal kepada Allah,dan inilah rahsia mereka menjadi kuat sehingga nisbah mereka dalam perang melawan ROM adalah 1:70 orang tentera Rom
Subhanallah!sangat hebat panahan iman itu!

Bahrul Mayyit-Laut Mati
popular kan?dulu waktu kecik teringin nak baring kat atas laut mati sambil terapung baca majalah,
hehehe,angan 2 mat Jenin
Briefly,Laut Mati adala athar selepas kaum Tsadum,iaitu kaum nabi Luth yang mengamalkan homoseksual dilaknat oleh Allah dengan menterbalikkan kaum nabi Lut dan dihujani dengan batu dan tanah-tanah terbakar dan diterbalikkan malaikat menjadi Laut Mati 

Boleh refer surah Hud 77-83

Maka apabila datang (masa perlaksanaan) perintah Kami, Kami jadikan negeri kaum Lut itu diterbalikkan (tertimbus segala yang ada di muka buminya) dan kami menghujaninya dengan batu-batu dari tanah yang dibakar, menimpanya bertalu-talu


then,Ashabul kahfi yang diceritakan kisahnya didalam Al Quran,
kisah sekumpulan sahabat yang melarikan diri dari pemerintahan Raja Dikyanus yang zalim dan tidur selama beratus tahun ditemani seekor anjiing didalam gua


Jerash dan Ummu Qais,both of them symbolise kedatangan dan kekuasaan Rom di bumi Syam


Kami pergi ke makam-makam di Al Aghwar
Makam Syuharbil bin Hasanah
Abu Ubaidah bin Al Jarrah 
Dhirar bin Al Azwar

ketiga-tiga mereka kembali ke Rahmatullah disebabkan penyakit taun Amwas,dan cita-cita mereka untuk mati syahid insyaAllah dinilai Allah even mereka meninggal disebabkan penyakit

and last but not least Ma'rikah Yarmouk ,tempat di mana berlakunya Perang Yarmouk yang dipimpin oleh Khalid Al Walid dengan kehebatan strategi dan pimpinan beliau berserta tentera yang dibaluti kekuatan iman dan akhirnya mencapai kemenangan 
Allahuakbar!


Alhamdulillah,kholas,
moga  Allah redha,
tempat-tempat yang kami ziarahi meninggalkan kesan yang bermakna
menjadi saksi gigihnya tentera tentera Muslim yang kuat keimanannya
Menjadi saksi balasan untuk kaum yang lalai
Menerbitkan azam untuk pergi ke Palestin sebab banyak sangat tempat yang kami pegi nampak border of Palestin tu
menerbitkan rasa itu,rasa untuk menyambung perjuangan Rasulullah,yang usahanya melahirkan hasil yang baik
Moga Allah redha dan moga usaha-usaha kita menuju mardhatillah itu diberkati

Niat-Niat is valuable,do not underestimate niat as Allah will counts all of them,even late or fast,InsyaAllah Allah will answers our prayers,be optimist,and struggle to achieve any goals.InsyaAllah

Mengutip semangat Rasulullah dalam jalan dakwahnya
Menjadi seperti Umar yang memisahkan hak dan yang batilnya
Menjadi sepintar Khalid al Walid pada strateginya
Menjadi seperti Hafsah kekuatan dan istiqamahnya
Menjadi seperti Aishah yang hebat ilmunya

untuk capai semua ni,kita kne struggle,kita kne usaha dan Allah akan pandang usaha tu bukan sekadar melihat hasilnya

Moga bermanfaat!
(berjalan melewati tempat sirah dan sejarah membangkitkan ruh dan semangat sahabat dan sahabiah zaman itu)

#pesanan penaja-sebelum pg jaulah,search something about the places so waktu tu barulah hati kita penuh terisi tidak seperti botol kosong yang pergi mengikut arah tiupan angin .


 26/1/2013






Friday 11 January 2013

OH MY HISTORY!

Ohoh! tiup habuk before posting about something,
Moga Dalam lindungan Allah

Lama dah tak menulis sebab kecernaan minda tak terpupuk nak menulis,tak tersinggah idea nak dikongsi tak terpanggil ruh dan semangat untuk melakar tinta.

Now,terpanggil nak tulis something,for me its precious because from this I learnt how to appreciate the HISTORY,to reveal OUR UNTOLD HISTORY, and tak tertipu dah dgn all those cheating history manipulise by the orientalists and baru sedar how interesting the HISTORY is,Maybe all years along kita mengantuk dalam kelas,doodles anything utk elak kebosanan time Sejarah,penat berjihad nak lawan elak celak syaitanirrajim  kat dua belah mata yang bundar dan brownish tu,masuk telinga kanan keluar telinga kiri.

 TAPI SEKARANG,kalau tak dengar SEJARAH yang sebenar,alahai jahilnya kita kena tipu dengan    orientalis-orientalis tu ha,

       AZAM TAK NAK TIDO DAH TAPI NAK REVEAL SOMETHING BEHIND SEJARAH TU
"Mereka datang menjajah tanah Melayu untuk mencari rempah ratus ,gambir,kayu manis ,lada hitam and all sorts of spices untuk memanaskan badan,lagi,lagi,dan lagi," 
(MEMANG DATANG TANAH MELAYU NAK KUTIP REMPAH RATUS JE KE?)
"Nak kuasai laluan perdagangan,nak kuasai tijarah,nak kukuhkan ekonomi dorang"
        "Gold,Gospel and Glory" 
        "banyaknya madrasah dan kuttab dibuka "

         "Tok Janggut digantung dan mayatnya diarak  "
 kita banyak disuapkan dengan gemilangnya Eropah,menguasai hampir kesemua perdagangan,disendukkan dengan strategi licik mereka yang dapat menguasai tanah2,melaksanakan Divide and Rule,macam2 lagi,
Serious,waktu belajar chapter pasal Tamadun Islam waktuSejarah form 4 ,Umaiyah,Abbasiyah,Turki Uthmaniyah ,fakta tu hanya untukdihafal tanpa dihayati,akal ni digunakan untuk menghafal point2 penting tokoh-tokoh zaman tu tanpa kaji pon knp dorang jatuh,tak terkesan sangat pon kenapa dorang jatuh?
            RUGINYA !

Sebenarnya dorang ada AIM paling besar untuk jatuhkan ISLAM,
Kita banyak belajar Sejarah pasal Barat time sekolah dulu tapi sikit je yang kita tahu pasal Sejarah dan step2 gemilangnya dan jatuhnya Islam

Dapat ruhul jadeed lepas dengar sejarah Islam yang zaman sekolah dulu sikit je kita dengar dan tak faham pon apa sebenarnya isi kandungan dia,hafal fakta dan masuk exam dapat A+,A,A-,

ngehngeh,kne setempek tepat kat muka :(

ALLAHU :(

SEJARAH TERUNGKAP

3 MAC 1924,
Tanggal ini,tarikh ini,Umat Islam jatuh tersungkur dan terduduk,
Tanggal ini menyaksikan orang kafir bersorak sorai bertawa hilai,
Tanggal ini menyaksikan jatuhnya khilafah islam yang dibina oleh Rasulullah sejak 610 MASIHI

610 MASIHI- 1924 MASIHI, 

 1314 TAHUN Islam gemilang,

menyaksikan perjuangan Rasulullah mengetuk setiap rumah penduduk Makkah saban hari untuk menyampaikan dakwah,ditolak,diherdik,dihina,dihalangi jalannya,dibantu sahabat-sahabat yang FAHAM,apa itu ISLAM for real,yang sanggup menghadiahkan nyawa mereka hanya untuk Islam,
Menjadi manusia -manusia logam yang kuat dan gagah yang YAKIN kehadiran dan pertolongan ALLAH dalam apa jua bentuk dan keadaan

Sungguh jalan dakwah itu panjang,tak sesegera memasak mi maggi dan tak semudah membaca ABC

Hebatkan Rasululullah,individu muslim
“Manusia seperti logam, terpilihnya mereka semasa jahiliyyah terpilih juga mereka semasa Islam, sekiranya mereka faham”

akhirnya,,
  berbaloi dengan tercapainya 
USTAZIYATUL ALAM,                                                             
Islamic World Order
   TAPI SEKARANG?

selepas tahun 1924 bersamaan 1343 H,tamatnya pemerintahan bersistem khilafah di tangan KAMAL ATTARTUK ,merupakan orang yang bertanggungjawab menjatuhkan kerajaan Islam Turki, 
PEMBELOT ISLAM ni mengeluarkan syarat yang WOAH ! PELIKNYA!

Pakai tudung boleh tapi dengan skirt,errrr
Azan dalam bhs Turki,
Al Quran dalam bahas Turki
etc
 Dan zaman Kamal ni  sampai laaa niii  menyaksikan ramainya UMAT ISLAM tapi umpama buih -buih dilautan,
Ramainya UMAT ISLAM tapi tak faham hakikatnya
Ramainya UMAT ISLAM tapi macam buih-buih kat lautan 


Sebuah hadis diriwayatkan daripada Thauban r.a., bahawa Rasulullah SAW bersabda, yang bermaksud:

"Setelah aku wafat, setelah lama aku tinggalkan, umat 
Islam akan lemah. Di atas kelemahan itu, orang kafir 
akan menindas mereka bagai orang yang menghadapi 

piring dan mengajak orang lain makan bersama." 



Maka para sahabat r.a. pun bertanya, "Apakah ketika itu umat Islam telah lemah dan musuh sangat kuat?" 

Sabda Baginda SAW: "Bahkan masa itu mereka lebih ramai tetapi tidak berguna, tidak bererti dan tidak menakutkan musuh. Mereka adalah ibarat buih di laut."

Sahabat bertanya lagi, "Mengapa seramai itu tetapi seperti buih di laut?"

Jawab Rasulullah SAW, "Kerana ada dua penyakit, iaitu mereka ditimpa penyakit al-Wahn."

Sahabat bertanya lagi, "Apakah itu al-Wahn?"

Rasulullah SAW bersabda: "Cintakan dunia dan takut akan kematian."
ASTAGHFIRULLAH :(
***********************************************************************

1511-KEJATUHAN EMPAYAR ISLAM MELAKA

501 tahun dahulu bersamaan 1511,Empayar Islam Melaka jatuh bukan kerana hebatnya dan gagahnya Portugis tetapi sebab berlakunya perpecahan dalam kalangan Umat Islam!

"Sekiranya tidak berlaku perpecahan dalam kalangan rakyat Melaka,pastinya Portugis tidak akan menang,walau seramai mana pun kita,walau seramai manapun kita,walau seramai manapun kita"
      (Kapten Portugis)


Kita tewas kerana dalaman kita lemah,kita tewas kerana dalaman kita goyah,kita tewas kerana dalaman kita rapuh,dan masa inilah yang diambil oleh orang BARAT untuk mendoktrin dan menyuntik vaksin-vaksin jahiliyah agar sebati dan bercambah dalam diri kita,merasa selesa dengan keadaan diri kita tanpa menghiraukan segelintir yang lain ,



KITA TEWAS KERANA DALAMAN KITA LEMAH BUKAN KERANA MUSUH YANG KUAT






Selama 1314 tahun kegemilangan Islam,Rasulullah berjaya membentuk individu-individu Muslim yang qowiy dan naik satu demi satu anak tangga maratib amal sehingga kita capai Ustaziyatul Alam,

Sekarang,
Kita Perlu usaha balik ke arah Ustaziyatul Alam tu

   USTAZIYATUL ALAM  IS AN OBLIGATION


8:39

And fight them until there is no fitnah and [until] the religion, all of it, is for Allah . And if they cease - then indeed, Allah is Seeing of what they do.(Al Anfal :39)



             ما لا يَتِمُّ الواجِبُ إلا به فَهُوَ واجِب

Sesuatu kewajipan yang tidak akan sempurna melainkan dengan sesuatu perkara maka ia menunjukkan bahawa perkara tersebut adalah wajib. 



Ustaziyatul Alam is an obligation and something that bring us towards it is also obligations

Dan sekarang ni kita kena mula dari step paling bawah iaitu mantapkan fardun muslim(individu muslim ) tu ikut maratib amal.

Aja!Aja!Fighting!(ehh betulke macam ni?)selalunya dgar kawan cakap je,


Ya Allah pinjamkanlah aku keberanian umar al-khatab, ketangkasan Kholid al-Walid, kecekalan Thariq bin Ziad, kekentalan Salahudin al-Ayubi dan ketajaman Sultan Muhammad al-Fateh.. Aameen