Thursday 16 August 2012

Message Ramadhan dari UMMI,

Ramadhan,dua hari lagi beransur pergi,
Layakkah kita bergelar graduan takwa?
Atau hanya pelapar dan pendahaga?
#Muhasabah diri,

“Betapa banyak orang yang berpuasa namun dia tidak mendapatkan dari puasanya melainkan hanya rasa lapar dan dahaga.” (HR. Ath Thabrani)

eh,lupe pulak nak letak message dr ummi,hehehe

Aku melihat Ramadhan dari kejauhan.....
lalu kusapa ia
"hendak ke mana?"

Dengan lembut ia berkata,
"maaf aku harus pergi,mungkin lama,
Tolong sampaikan pesanku untuk orang yang bernama mukmin
AJAKLAH SABAR menemani hari-hari dukanya
PELUKLAH ISTIQAMAH saat dia kelelahan dalam perjalanan TAQWA 
 haaa itupun Syawal,ia sudah tiba "

Ku lihat Ramadhan pergi...jauh
Ya Allah apakah aku akan berjumpa lagi dengannya...
ALLAH

Teringat akan kata-kata Syeikh Doktor Yusuf Al Qardhawi

Jika cintakan Ramadhan,ia datang dan pergi
tetapi
Jika cintakan Allah ,DIA lah tempat mengabdikan diri dan tidak mati

#Ya Allah jika diizinkin olehMu temukanlah kami dengan Ramadhan pada tahun depan,
supaya kami dapat rasai kemanisan nya lagi ,,,,

Taqabalallahu minna waminkum al a'mal soleh
Moga Allah menerima amal soleh kita,
Insya Allah

Di kesempatan ni ,nak ucap eid mubarak,minal aidil wal faizin
Sambutlah Raya dengan kesyukuran dan kesedrhanaan


Monday 13 August 2012

We gonna miss ya Ramadhan!


YA Ramadhan!
Ramadhan,bulan di mana terdapatnya malam yang lebih baik dari seribu bulan,
Bulan di mana sesuai untuk mempertingkat kan amal ibadat dan beristiqamah dengannya
Bulan di mana menjadi titik tolak untuk memperbaiki amalan dan memohon keampunan,

Ya Allah,cepatnya waktu berlalu,Ramadhan yang serasa baru menjengah kian pergi bersama kitaran waktu


Malam lailatul qadar,,,
Kejarlah malam itu,malam yang Allah janjikan lebih baik dari seribu  bulan,
Usah hanya menunggu malam itu tapi mempersiapkan diri untuk mencari dan menanan keyakinan yang tingi untuk menggapainya
Suatu malam yang pasti  dalam ketidakpastian harinya,Ayuh sama-sama kita kejar dan rebut mlam itu,malam seribu rahmat dan berkat
Malam di mana doa-doa tidak tertolak
Mohonlah kepadaNya,hadiahkan kesyukuran dan tangisan keinsafan buatnya 
Moga-moga sepuluh malam terakhir ini menjdi saksi cinta kita KepadaNya
Allahumma Ballighna Lailatul Qadr Ya Allah,
Allahumma Ballighna LailatulQadr Ya Rahman,
Allahumma Ballighna Lailatul Qadr Ya Rahim



1.Sesungguhnya kami telah turunkannya (al Qur’an) pada malam al qadr.
2.Dan apa jalannya engkau dapat mengetahui apa dia kebesaran Malam Lailatul-Qadar itu?
3.Malam al qadr itu lebih baik daripada seribu bulan
4.Turun malaikat2 dan malaikat Jibril padanya(malam al qadr) dengan izin Tuhan mereka membawa segala urusan.
5.Selamat sejahteralah ia(malam al qadr) sehinggalah terbit fajar (Subuh).

Haa,ni ade sikit amalan -amalan Rasulullah yang boleh kita amalkan,Selamat Beramal,:)

Antara Amalan Rasulullah dan Sahabat pada hari-hari terakhir Ramadhan



  • Mandi, berpakaian cantik dan berwangi-wangian.
  • Beriktikaf iaitu mendampingi masjid untuk mentaati Allah.
  • Mengejutkan keluarga agar bangun beribadah.
  • Uzlah (tidak mendekati) isteri.
  • Memperbanyakkan amal ibadat dan berqiamulail di masjid atau surau.
  • Menghadiri majlis ilmu, mengulangkaji hadith, tafsir dan sirah nabi.
  • Memperbanyakkan bertasbih, tahmid, takbir, istighfar dan bersalawat.
  • Membaca dan tadarus al-Quran serta berzikir kepada Allah.
  • Bersolat Tarawih, Witir, Tahajud, Taubat dan solat Hajat.
  • Bertaubat daripada segala kesalahan dan dosa selama ini.
  • Berdoa ke hadrat Ilahi. Baginda SAW sering membaca doa:  “Wahai Tuhan kami! Anugerahkanlah kepada kami kebajikan di dunia dan juga kebajikan di akhirat serta peliharakanlah kami daripada seksaan api neraka yang pedih.”
  • Berdoa mendapatkan keampunan dan kebaikan dunia dan akhirat
Rasulullah SAW bersabda: “Sesiapa yang beribadah pada malam al-Qadar dengan penuh keimanan dan pengharapan kepada keredaan Ilahi (ketakwaan), maka akan dihapuskan semua dosanya yang telah lalu.” (Hadis riwayat Abu Hurairah, Bukhari dan Muslim)

Jom sama-sama kita jadikan hadis ni sebagai satu motivasi dan galakan kita mencari malam lailatulqadar







Saturday 4 August 2012

Its about Solat

Pagi tadi ,Alhamdulillah Allah izinkan saya untuk sama -sama kutip mutiara ilmu dari Rancangan Tanyalah Ustaz,alah,,,yg kat TV9 tu, Ceramah tu disampaikan oleh Ustaz Ahmad Dusuki Abdul Rani,, haa, kenal tak?kenal tak?Honestly, saya first time tengok wajah ustaz ni di kaca tv,,ecececeh,,tapi ceramah yang beliau bagi memang superb lah,,,banyak ilmu baru yang saya dapat

Tajuk:Solat dan Perihal Kesihatan
take a few minutes to read and you will know how awesome and specialities of solat!

First sekali nak warm up dulu tak masuk tajuk utama lagi,
Satu solan,kalau kita tension kita buat ape,
jerit?makan coklat?menangis? etc
TAPI,,
amalan Rasulullah kalau rasa tertekan atau sedih,perkara yang dapat tenangkan Baginda ialah solat.



Seorang manusia biasa macam kita ni takkan terlepas dari penyakit-penyakit jiwa,betul tak?betul tak?
tak kisahlah pelajar ke,businessman ke,doktor ke,engineer ke,ustaz ke, hehehehe tambahlah sendiri,,mesti pernah rasa penyakit-penyakit jiwa ni,
DAN dengan solat insyaAllah penyakit-penyakit ni boleh dirawat

Penyakit Cintakan Dunia  
Sebenarnya penyakit ni lah yg selalu main cak2 ngan kita waktu kita solatPernah tak ,tengah solat je tetiba teringat citer ape ye kat tv?apa aku nak buat lepas ni ye?berbuka nak masak ape ye? Mesti tak pernah kan?So ape kita nak buat

1st  step,pastikan niat kena betul,kalau dah rase mcm tak betul tu,tajdid niat balik,kerana Allah bukan sebab takut mak marah,bukan sebab takut kena rotan,,

Takbiratul Ihram tu wajib kan?
masa takbiratul ihram nie kita membesarkan Allah seorang sahaja,so dengan takbiratul ihram ni kita matikan sekejap hubungan kita dengan dunia dan fokus pada membesarkan Allah yang satu.
Waktu angkat takbir tu dunia dah x jadi the main focus dah,


Penyakit Hasad Dengki
boleh dirawat dengan cara solat berjemaah,camne pulak tu?
selalunya kan manusia ni ade pelbagai bentuk rupa,pangkat dan harat dan inilah yg lazimnya jd hasad dengki sesama manusia,
DAN dengan cara solat berjemaah ni,
 let's us imagine ,kalau orang tu pangkat nya BOSS tapi dia datang lewat sikit je daripada anak buah dia kat masjid and then solat dah mula,anak buah dia dapat rebut saff depan dan dia kne solat kat saff kedua,boleh ke dia tolak anak buah dia ke belakang sebab dia BOSS so kena duduk depan,boleh tak macam tu,pada pandangan Allah,harta pangkat dan rupa bukanlah nilaian tetapi ketaqwaan,dan dalan satu saf,semuanya berbeza pangkat,saff depan bukan khas untuk vvip dan saf belakang untuk pekerja biasa,kan.

Penyakit Tergesa-gesa 
sebab tu rukun solat,contohnya ,rukuk berserta tama'ninah,sujud berserta tama'ninah
Apa maksud tama'ninah?maksudnya berhenti seketika

Al Ujlah(tergesa-gesa) min sifati syayatiin,,
Ada seorang hamba Allah di zaman Rasululullah yang solat sangat laju seperti ayam yg mematuk sagunya
Lalu Rasululah bersabda
Diriwayatkan Rasulullah s.a.w bersabda:
“Pencuri yang paling buruk adalah yang mencuri dalam solat.” Para sahabat bertanya : “Bagaimanakah seorang boleh mencuri dalam solatnya?” Sabda baginda s.a.w: “Itulah mereka yang tidak meneympurnakan rukuk dan sujudnya.”

(Riwayat al-Tabrani dan al-Hakim)


Lagi satu tips utk rawat penyakit ni adalah rukuk yg lama,
Apa kelebihan rukuk lama ni?kelebihannya,MasyaAllah! Rukuk ni umpama Allah tindan dosa-dosa kita yang lalu kat atas belakang badan kita dan bila kita bangun umpama dosa -dosa kita tu melurut jatuh!Subhanalllah

Penyakit susah hendak bersyukur
Sebagai manusia kita kadang-kadang mesti pernah rasa sifat tak pernah puas,
contoh,bila panas kita mntak hujan,bila dah hujan kita merungut-rungut,lecahlah rumah,baju tal leh sidailah etc2
dan kita-kita sekarang ni bila bangun tidur sangat jarang cakap Alhamdulillah instead of,eh mana handphone aku td,? atau keluar toilet,cakap Alhamdulillah ataupun wah leganya,eh,mcm tak sopan pulak but this is the real facts,tapi kalau yg amalkan hamdalah ni Alhamdulillah,

So,ade hikmah Allah jadikan Alfatihah,terdapat di dalamnya pujian kepada Allah,(ٱلْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ ٱلْعَـٰلَمِين)
means dalam sehari kita dah ucap 17 kali Alhamdulillah kepada Allah.walaupun sedikit tapi dapat pupuk sifat kesyukuran tapi lebih bagus kalau zikrullah dan hamdalah ni meniti di bibir kita sebagai amalan lazim

Penyakit Bakhil
caranya dengan mengamalkan membaca surah berbeza-beza selepas Al Fatihah walaupun ia sunat,kita digalakkan mengamalkan baca surah,

Contohnya kita tukar angin,kalau kita dah bace surah pendek untuk solat zohor,kita tukar -tukar lah ke surah yang panjang sikit,kalau mampu umpama kita seorang yang pemurah dalam melaksanakan ibadah yakni memperbanyakkan ayat yg dibaca jika mampu,InsyaAllah Allah Yusahhil :)

Sikap Suka Memutuskan Silaturrahim
Selalu kita dengar ,sujud adalah waktu terbaik untuk berdoa dan berkomunikasi dengan Allah means sujud hubungkan kita denganAllah 
DAN satu lagi ialah rukuk kerana rukuk umpama kita menjaga hubungan kita sesama manusi yakni menghubungkan silaturrahim
Ustaz Dusuki memetik kata seorang ulama bahawa seseorang yang rajin rukuk bermakna dia menyambungkan silaturrahim 

Penyakit Sombong
dapat dielakkan dengan sujud,elalunya kita berasa sombong dengan keturunan ,pangkat dan harta,
Analogi mudah yang dikongsi Ustaz ialah sewaktu kita sujud,dahi dan kaki berada di tempat yang sama taraf
tidak tinggi atau rendah sedikitpun diatas sejadah means kita sama taraf dan Allah tidak memandang pangkat dan harta tetapi takwa dan amal yang ikhlas.
lagipun harta dan nikmat tudari siapa?dariAllah kan,so kita ken ingat Pemberi nikmat bukan nikmatNya sahaja
 

Penyakit Gemar melakukan dosa
Yang ni semua orang ada mengalaminya,kan2,,semua manusia takkan terlepas dari melakukan dosa secara sengaja atau tak
Caranya dengan duduk antara dua sujud sebab....dalam duduk antara dua sujud tu kita berdoa kepada Allah
 
Maksudnya pula ialah:
” Ya Tuhanku, AMPUNILAH aku.., KASIHANILAH aku.., TUTUPLAH aibku.., TINGGIKANLAH darjatku.., BERILAH aku REZEKi, TUNJUKILAH aku.., SEJAHTERAKANLAH aku..dan MAAFKANLAH aku..”dan kita memohon kemaafan diatas dosa-dosa kita dan berusaha untuk menjauhinya

Inilah yang saya dapat titipkan sikit ilmu yang saya dapat sebab bagi saya ilmu baru ni sangat berharga dan kalau kita hayati solat InsyaAllah dapat jauhkan kita dari perkara keji dan munkar,,





Sama-samalah kita amalkan doa ni,InsyaAllah kita terhindar drpd sifat-sifat mazmumah,,