Monday 13 August 2012

We gonna miss ya Ramadhan!


YA Ramadhan!
Ramadhan,bulan di mana terdapatnya malam yang lebih baik dari seribu bulan,
Bulan di mana sesuai untuk mempertingkat kan amal ibadat dan beristiqamah dengannya
Bulan di mana menjadi titik tolak untuk memperbaiki amalan dan memohon keampunan,

Ya Allah,cepatnya waktu berlalu,Ramadhan yang serasa baru menjengah kian pergi bersama kitaran waktu


Malam lailatul qadar,,,
Kejarlah malam itu,malam yang Allah janjikan lebih baik dari seribu  bulan,
Usah hanya menunggu malam itu tapi mempersiapkan diri untuk mencari dan menanan keyakinan yang tingi untuk menggapainya
Suatu malam yang pasti  dalam ketidakpastian harinya,Ayuh sama-sama kita kejar dan rebut mlam itu,malam seribu rahmat dan berkat
Malam di mana doa-doa tidak tertolak
Mohonlah kepadaNya,hadiahkan kesyukuran dan tangisan keinsafan buatnya 
Moga-moga sepuluh malam terakhir ini menjdi saksi cinta kita KepadaNya
Allahumma Ballighna Lailatul Qadr Ya Allah,
Allahumma Ballighna LailatulQadr Ya Rahman,
Allahumma Ballighna Lailatul Qadr Ya Rahim



1.Sesungguhnya kami telah turunkannya (al Qur’an) pada malam al qadr.
2.Dan apa jalannya engkau dapat mengetahui apa dia kebesaran Malam Lailatul-Qadar itu?
3.Malam al qadr itu lebih baik daripada seribu bulan
4.Turun malaikat2 dan malaikat Jibril padanya(malam al qadr) dengan izin Tuhan mereka membawa segala urusan.
5.Selamat sejahteralah ia(malam al qadr) sehinggalah terbit fajar (Subuh).

Haa,ni ade sikit amalan -amalan Rasulullah yang boleh kita amalkan,Selamat Beramal,:)

Antara Amalan Rasulullah dan Sahabat pada hari-hari terakhir Ramadhan



  • Mandi, berpakaian cantik dan berwangi-wangian.
  • Beriktikaf iaitu mendampingi masjid untuk mentaati Allah.
  • Mengejutkan keluarga agar bangun beribadah.
  • Uzlah (tidak mendekati) isteri.
  • Memperbanyakkan amal ibadat dan berqiamulail di masjid atau surau.
  • Menghadiri majlis ilmu, mengulangkaji hadith, tafsir dan sirah nabi.
  • Memperbanyakkan bertasbih, tahmid, takbir, istighfar dan bersalawat.
  • Membaca dan tadarus al-Quran serta berzikir kepada Allah.
  • Bersolat Tarawih, Witir, Tahajud, Taubat dan solat Hajat.
  • Bertaubat daripada segala kesalahan dan dosa selama ini.
  • Berdoa ke hadrat Ilahi. Baginda SAW sering membaca doa:  “Wahai Tuhan kami! Anugerahkanlah kepada kami kebajikan di dunia dan juga kebajikan di akhirat serta peliharakanlah kami daripada seksaan api neraka yang pedih.”
  • Berdoa mendapatkan keampunan dan kebaikan dunia dan akhirat
Rasulullah SAW bersabda: “Sesiapa yang beribadah pada malam al-Qadar dengan penuh keimanan dan pengharapan kepada keredaan Ilahi (ketakwaan), maka akan dihapuskan semua dosanya yang telah lalu.” (Hadis riwayat Abu Hurairah, Bukhari dan Muslim)

Jom sama-sama kita jadikan hadis ni sebagai satu motivasi dan galakan kita mencari malam lailatulqadar







No comments:

Post a Comment