Wednesday 25 July 2012

La Tahzan!

Tanggal 11 Jun 2012,nikmat besar dikurniakan Allah kepadaku,diberi peluang menjejakkan kaki ke Kolej Universiti Islam Selangor untuk mengikuti kursus persediaan,,,(hahish,,mcm tulis cerpen la pulok kan,,)
Sungguh,nikmat ni sangat besar dan aku adalah salah seorang yang diberi peluang untuk rasa keindahan nikmat Mu ya Allah,,Terima Kasih Ya Allah

Berpeluang mengikuti kursus persediaan yg di dalamnya terdapat biah hasanah,biah bahasa syurga,bahasa Arab,,
Alhamdulillah...


Saat menjejakkan kaki kat saana,,Ya Allah Allah saja yg tahu betapa rendah nya diri ini,Ilmu di dada sangatlah sedikit dibandingkan dengan ilmu-ilmu mereka,
Bagi seorang hamba Allah yang gersang dengan ilmu,peserta kursus yang lain tidak kurang kefaqihan dalam ilmu agama,bertutur dalam bahasa arab smooth jer..Subhanallah,,



"Katakanlah : kalau sekiranya lautan menjadi tinta untuk (menulis) kalimat-kalimat Tuhanku, sungguh habislah lautan itu sebelum habis (ditulis) kalimat-kalimat Tuhanku meskipun Kami datangkan lagi dengan lautan yang sebanding dengannya sebagai bantuan." (al-Kahfi :109)


Saat bertalaqqi dengan seorang guru dari Syria,beliau bertanyakan pelbagai soalan dalam bahasa aranb tentang hadis dan Al Quran.
Aku hanya boleh memandang dan mendengar jawapan mereka sambil tersenyum dalam hiba,,

Musyrif bertanya "Apa itu maqasid Syariah?"Apa yg terangkum dalam Maqasid Syariah?"

terdengar suara riuh rendah drpd peserta-peserta lain,sedangkan aku?aku hanya tercengang-cengang ,sambil tertanya-tanya,Maqasid Syariah ?Apa tue?macam pernah dengar.,,
Sungguh waktu tu rasa diri ni hina dan rendah diri sangat2..

Maybe for some people this chapter is as easy as ABC but for me it's a big thing
At this dauroh,precious knowledge i got ,friends and ahla dzikrayat aidhon,,

Tapi,dapat tambah ilmu jugak pasal Maqasid Syariah ni dan bagiku kefahaman yg ringkas tentang Maqasid Syariah waktu tu sangat-sangat bernilai bagi diri ini,,


MAQASID SYARIAH
ni serba sedikit ilmu maqasid syariah


Allah menurunkan syariat-Nya untuk umat manusia dengan beberapa tujuan,objektif,matlamat,keperluan dan hikmah.Semuanya merangkumi di bawah satu istilah,maqasid syariah.


Dalam pada itu, seperti yang telah disepakati Imam Syartibi dan Al Ghazali bahawa matlamat syariat berkenaan merangkumi lima komponen maqasid yang sangat mustahak iaitu Hifz al-Aql (akal), Hifz al-Din (agama), Hifz al-Mal (harta), Hifz al-Nafs (nyawa) dan Hifz al-Nasb (keturunan), iaitu setiap perundangan hukum itu mesti bertujuan melindungi atau memelihara kepentingan akal, agama, harta, nyawa dan nasab atau keturunan umat manusia.

Berkata pada diri,Ya Allah ,Ilmu-Mu amat luas,namun baru sedikit yang aku pelajari Ya Allah,,

Waktu tu air mata dah keluar dah,,dengan keadaan diriku yang disekelilingku waktu tu para peserta yang pintar,kuat ingatan dan banyak ilmunya,,para hafiz dan hafizah,lepasan Maahad Tahfiz,Daarul Quran dan sebagainya,,betapa rendahnya diriku saat itu,,
TAPI,,

itu bukan alasan untuk kita kata mereka banyak ilmu sebab mereka belajar kat situ,sebab mereka belajar dekat maahad itu ,maahad ini sebab tu ilmu mereka banyak,,,

Jangan Risau,Allah datangkan mereka sebagai penyuntik semangat untuk kita menuntut ilmu dengan kebih gigih,meniup kesabaran yang tinggi dalam menuntut ilmu dan memotivasikan diri agar mengutip mutiara-mutiara ilmu Allah yang Amat luas

Saat aku membaca sebuah buku ilmiah,aku tertarik dengan kalimah kalimah cinta Allah untuk kita,,
dan menjadi semangat untuk aku menambah ilmu dan memperjuangkan agama Islam yang syumul dan suci

Dan janganlah kamu merasa lemah (dalam perjuangan mempertahan dan menegakkan Islam), dan janganlah kamu berdukacita (terhadap apa yang akan menimpa kamu), padahal kamulah orang-orang yang tertinggi (mengatasi musuh dengan mencapai kemenangan) jika kamu orang-orang yang (sungguh-sungguh) beriman.


Indahnya ilmu Allah tu bila kita pelajari lebih dan lebih lagi
Aku bersyukur dengan nikmat Mu Ya Allah,,kau datang kan mereka yang banyak ilmu pengetahuan untuk menyedarkan aku tentang kekurangan ilmu yang ada pada diri ni supaya menuntut dan mendalami ilmu Mu dengan lebih lagi


Pengalaman dan peluang menyertai kursus persediaan ke Timur Tengah tu banyak membuat kan aku berfikir tentang tujuan hidup kita,dan apa sumbangan kita kepada orang lain dengan ilmu yang kita ada dan yang paling penting memperbaiki diri dan hubungan engan Allah dan sesama manusia,,


cuba try tengok video nie dan relate dengan tujuan hidup kita kat dunia ni,,




#Ingin menjadi seperti Al Fateh yang menawan Konstantinopel pada usia muda dan menjadi pewaris perjuangan Rasulullah
TAPI
bukanlah sekadar pada kata-kata tetapi memerlukan usaha yang di dalamnya ada dugaan dan cabaran,!
May Allah ease,